Wednesday, July 23, 2008

Dunia teknologi yang canggih.....

Tajuk pertama toturial yang aku dapat yang diberikan oleh pensyarah ku.......

When you make transaction, many companies use computer and information system to gather data about you such as your name, address, telephone number, buying habits and credits history. They then sell this information to other companies without your permission and without giving you the chance to verify the information. What potential problem can you see in this? Explain your answer.

Answer :
Dalam permasalahan diatas masalah yang dihadapi ialah penjualan data seseorang tanpa kebenaran pemilik data tersebut. Ini adalah kerana dunia kita yang semakin canggih dengan kemudahan teknologi maklumat. Kita boleh mendapatkan maklumat seseorang hanya dengan menekan satu butang seperti yang orang selalu sebut-sebutkan dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari. Ini akan menyebabakan penyebaran maklumat seseorang akan menjadi semakin mudah dan pantas. Bagi mengatasi masalah seperti ini semakin berleluasa berbagai-bagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Tambahan pula, tidak ada undang-undang yang boleh menguatkuasakan masalah seperti ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah sebelum kita mengisi sebarang borang didalam internet kita perlu membaca semua syarat-syarat yang ditawarkan ataupun kemudahan yang akan diberikan sekiranya kita menjadi ahli dalam sesebuah persatuan yang terdapat dalam internet. Selepas kita mengisi borang tersebut kita perlu membaca semua maklumat yang terdapat diatas skrin computer walaupun maklumat yang tertera di atas skrin tersebut sekecil mana sekalipun. Dan selepas kita ‘submit’ borang tersebut dan kita juga telah setuju dengan semua syarat-syarat yang ditawarkan, kita hendaklah membuat salinan maklumat yang telah kita isi dan juga syarat-syaratnya yang ditawarkan. Apa yang lebih penting kita perlu membuat salinan nama dan nombor telefon sesebuah syarikat atau persatuan yang mudah untuk kita dihubungi ketika kita mengalami masalah. Ingat jangan mudah tertipu!!

No comments: