Monday, August 25, 2008

Wednesday, July 23, 2008

Penggunaannya dalam profession.....

Ini pula tajuk tutorial yang kedua yang aku dapat...
Tapi apakan nasib semasa tajuk ini diberikan aku mengalami demam selsema...
Namun aku tetap berusaha untuk membuatnya....

Think about your chosen profession. How might computers and software enchance your productivity? Describe several ways in which you see software changing or affecting your profession.

Answer:

Peguam

Kehidupan di atas dunia yang semakin canggih dengan teknologi maklumat banyak memudahkan penghantaran maklumat ke merata pelusuk dunia dengan mudah dan pantas. Sebagai seorang peguam ataupun sebagai seorang pengurus sesebuah firma, banyak surat-surat ataupun memo maklumat yang perlu dihantar kepada klien-klien yang ingin membuat temujanji. Sebelum adanya kemudahan teknologi maklumat yang semakin canggih seperti hari ini, penghantaran surat-surat memo kepada klien-klien dengan menggunakan perkhidmatan Mat Despacth. Kebiasaannya Mat Despatch akan menggunakan motosikal untuk menghantar surat-surat memo tersebut. Sekiranya klien-klien itu berada jauh mungkin ianya akan mengambil masa 1 atau 2 hari untuk itu sampai kepada klien-klien. Tapi kemungkinan besar juga sekiranya surat penghantaran memo tersebut telah sampai dan didapati klien tersebut tiada dirumah atau dipejabat pula ianya akan mengalami beberapa kemungkinan samada surat tersebut akan ditimpa hujan ataupun surat tersebut akan hilang begitu sahaja. Dan ini akan menyebabkan memo tersebut tidak akan sampai ke tangan klien tersebut. Namun, pada masa kini penghantaran memo kepada klien dapat dihantar dengan mudah dan pantas dengan hanya menekan satu butang dan memo tersebut dapat dihantar hanya dengan beberapa saat sahaja tanpa mengalami sebarang kesulitan. Dan memo tersebut juga akan lebih jelas dan difahami oleh klien ketika membacanya. Dan jika klien tersebut mengalami kesulitan dari segi memahami maklumat yang diberikan, klien tersebut boleh terus tanya kepada penghantar memo tersebut. Oleh itu, dengan panggunaan computer yang semakin canggih pada masa kini dapat memudahkan penghantaran surat memo dan dengan kemudahan yang ada dapat menjimatkan masa serta kos penghantaran surat memo tersebut.

Guru

Dalam kemudahan teknologi kini, guru juga adalah sebilangan besar yang turut tidak ketinggalan mengambil peluang ini untuk menggunakan kemudahan yang diberikan. Jika dilihat pada masa kini terutama bagi sekolah-sekolah swasta guru-guru lebih selesa mengajar dengan bantuan alat mengajar seperti LCD dan laptop. Bahan-bahan grafik yang menarik akan lebih menarik minat dan memberi semangat kepada para pelajar untuk lebih mengikuti pembelajaran. Selain daripada itu juga para pelajar akan lebih mudah memahami maklumat pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Manakala bagi guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan, mereka boleh menghantar keputusan ujian bulanan para pelajar ke kementerian pelajaran dengan mudah dan pantas dengan menggunakan komputer dengan cara melayari laman web kementerian pelajaran. Tambahan pula, guru-guru boleh menghantar maklumat peribadi para pelajar ke jabatan pelajaran dengan pantas tanpa mengambil masa dan kos yang lama. Oleh itu, kemudahan teknologi maklumat yang ada pada masa kini banyak membantu memudahkan penghantaran maklumat tanpa mengalami sebarang kesulitan.........

Dunia teknologi yang canggih.....

Tajuk pertama toturial yang aku dapat yang diberikan oleh pensyarah ku.......

When you make transaction, many companies use computer and information system to gather data about you such as your name, address, telephone number, buying habits and credits history. They then sell this information to other companies without your permission and without giving you the chance to verify the information. What potential problem can you see in this? Explain your answer.

Answer :
Dalam permasalahan diatas masalah yang dihadapi ialah penjualan data seseorang tanpa kebenaran pemilik data tersebut. Ini adalah kerana dunia kita yang semakin canggih dengan kemudahan teknologi maklumat. Kita boleh mendapatkan maklumat seseorang hanya dengan menekan satu butang seperti yang orang selalu sebut-sebutkan dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari. Ini akan menyebabakan penyebaran maklumat seseorang akan menjadi semakin mudah dan pantas. Bagi mengatasi masalah seperti ini semakin berleluasa berbagai-bagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Tambahan pula, tidak ada undang-undang yang boleh menguatkuasakan masalah seperti ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah sebelum kita mengisi sebarang borang didalam internet kita perlu membaca semua syarat-syarat yang ditawarkan ataupun kemudahan yang akan diberikan sekiranya kita menjadi ahli dalam sesebuah persatuan yang terdapat dalam internet. Selepas kita mengisi borang tersebut kita perlu membaca semua maklumat yang terdapat diatas skrin computer walaupun maklumat yang tertera di atas skrin tersebut sekecil mana sekalipun. Dan selepas kita ‘submit’ borang tersebut dan kita juga telah setuju dengan semua syarat-syarat yang ditawarkan, kita hendaklah membuat salinan maklumat yang telah kita isi dan juga syarat-syaratnya yang ditawarkan. Apa yang lebih penting kita perlu membuat salinan nama dan nombor telefon sesebuah syarikat atau persatuan yang mudah untuk kita dihubungi ketika kita mengalami masalah. Ingat jangan mudah tertipu!!

Monday, July 7, 2008

kEhIDUpAN kU

Hari Sabtu yang lalu baru saja berlalu dengan penuh kegembiraan dan kepenatan...namun dalam kepenatan terdapat jua kenangan manis...aku menjadi seorang fasilitator untuk orientasi fakulti pengajian islam semester satu...aku menjadi fasilitator bagi kumpulan 2...macam-macam terjadi tapi tetap best....apa yang paling kelakar antara mereka semua adalah semasa LDK yang kedua mereka di beri satu tugas dimana mereka dikehendaki sebuah pulau harapan..maksudnya kononnya sebuah kapal telah terhempas disebuah pulau yang terletak jauh di tengah-tengag laut..di dalam kapal tersebut terdapat 15 orang dimana 5 daripadanya telah mati maka tinggal la 10 orang...5 daripadanya juga adalah doktor,arkitek,guru agama,budak genius dan tentera..5 lagi adalah rakyat biasa..entah apa-apa entah yang mereka lukis pulau yang mereka lukis langsung tidak memberikan harapan dan tidak masuk akal...selain itu juga, apa yang paling best malam orientasi tersebut ada satu LDK yang diberi nama "boneka"...dimana dalam LDK kali ini setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk menconteng muka fasilitator masing-masing dengan memggunakan "water colour"...diaorang langsung tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengenakan fasilitator diaorang..bersorak kegembiraan mereka apabila fasi-fasi diaorang dipergunakan macam boneka...dah la muka kena conteng kena pakai baju yang dibuat daripada surat khabar kelakar giler...gelak bagai nak pecah perut satu auditorium...pas 2 siap kena wat show pulak tuu kat atas pentas hehehehehehe......tak tahu apa nak buat aku pun menari la ala-ala ballet....mak oiiiii malu giler aku...satu auditorium gelakkan aku... bila aku tgk balik gmbar yang aku ambil aku rasa aku macam.....hehehehehehe "robot gemuk".....
KENANGAN YANG PALING INDAH SEPANJANG SEMESTER 3 INI....