Wednesday, July 23, 2008

Penggunaannya dalam profession.....

Ini pula tajuk tutorial yang kedua yang aku dapat...
Tapi apakan nasib semasa tajuk ini diberikan aku mengalami demam selsema...
Namun aku tetap berusaha untuk membuatnya....

Think about your chosen profession. How might computers and software enchance your productivity? Describe several ways in which you see software changing or affecting your profession.

Answer:

Peguam

Kehidupan di atas dunia yang semakin canggih dengan teknologi maklumat banyak memudahkan penghantaran maklumat ke merata pelusuk dunia dengan mudah dan pantas. Sebagai seorang peguam ataupun sebagai seorang pengurus sesebuah firma, banyak surat-surat ataupun memo maklumat yang perlu dihantar kepada klien-klien yang ingin membuat temujanji. Sebelum adanya kemudahan teknologi maklumat yang semakin canggih seperti hari ini, penghantaran surat-surat memo kepada klien-klien dengan menggunakan perkhidmatan Mat Despacth. Kebiasaannya Mat Despatch akan menggunakan motosikal untuk menghantar surat-surat memo tersebut. Sekiranya klien-klien itu berada jauh mungkin ianya akan mengambil masa 1 atau 2 hari untuk itu sampai kepada klien-klien. Tapi kemungkinan besar juga sekiranya surat penghantaran memo tersebut telah sampai dan didapati klien tersebut tiada dirumah atau dipejabat pula ianya akan mengalami beberapa kemungkinan samada surat tersebut akan ditimpa hujan ataupun surat tersebut akan hilang begitu sahaja. Dan ini akan menyebabkan memo tersebut tidak akan sampai ke tangan klien tersebut. Namun, pada masa kini penghantaran memo kepada klien dapat dihantar dengan mudah dan pantas dengan hanya menekan satu butang dan memo tersebut dapat dihantar hanya dengan beberapa saat sahaja tanpa mengalami sebarang kesulitan. Dan memo tersebut juga akan lebih jelas dan difahami oleh klien ketika membacanya. Dan jika klien tersebut mengalami kesulitan dari segi memahami maklumat yang diberikan, klien tersebut boleh terus tanya kepada penghantar memo tersebut. Oleh itu, dengan panggunaan computer yang semakin canggih pada masa kini dapat memudahkan penghantaran surat memo dan dengan kemudahan yang ada dapat menjimatkan masa serta kos penghantaran surat memo tersebut.

Guru

Dalam kemudahan teknologi kini, guru juga adalah sebilangan besar yang turut tidak ketinggalan mengambil peluang ini untuk menggunakan kemudahan yang diberikan. Jika dilihat pada masa kini terutama bagi sekolah-sekolah swasta guru-guru lebih selesa mengajar dengan bantuan alat mengajar seperti LCD dan laptop. Bahan-bahan grafik yang menarik akan lebih menarik minat dan memberi semangat kepada para pelajar untuk lebih mengikuti pembelajaran. Selain daripada itu juga para pelajar akan lebih mudah memahami maklumat pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Manakala bagi guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan, mereka boleh menghantar keputusan ujian bulanan para pelajar ke kementerian pelajaran dengan mudah dan pantas dengan menggunakan komputer dengan cara melayari laman web kementerian pelajaran. Tambahan pula, guru-guru boleh menghantar maklumat peribadi para pelajar ke jabatan pelajaran dengan pantas tanpa mengambil masa dan kos yang lama. Oleh itu, kemudahan teknologi maklumat yang ada pada masa kini banyak membantu memudahkan penghantaran maklumat tanpa mengalami sebarang kesulitan.........

12 comments:

mizbi said...

salam. blog anda ok. tingkatkan sket ag untuk lebih mantap.

hareez_kemal said...

salam...terima kasih atas kesudian saudara mengunjungi blog saya..saya juga telah melayari blog saudara..syabas banyak input2 maklumat yang saya perolehi daripada blog saudara...wassalam...

zulhadi said...

salam.. nice blog, lebih cantik jika diletakkan lagu untuk menghiburkan hati..hehehe...

jeff hardyz said...

pengisian dah ad cuma elemen yg masih xcukup... perbaiki ya....

ian adeela said...

tingkatkn usaha anda..blog yn menarik tp perlukn byk lg perisian.

MisS F.... @ FiTRiyANi said...

nice blog..keep up ur gud work...

rain said...

blog ko ok.... kem salam ngan awek sebelah kiri pakai tudung pink tu ye. ala... bawah gambar moto ko tu...

Afiq said...

salam... blog saudari mmg cantik dan lebih natural dgn kisah hidup dan peribadi yg jarang ada dgn blog yg lain2... syabas...

almahera said...

salam.. blog ok..
rajin2 la posting..
story sket.. hihi..
-wink-wink-

ALMA said...

ai bosan nye aku nk komen2 ni...cntik blog...psal knapa yakuza...ska ati aku la

ummu said...

good blog...continue it.

MAIZURAH said...

nice blog..tingkatkan lagi..
sweet.